KAMI MAHU BIMBINGAN
“Keinginan semenjak berumur 17 tahun untuk memeluk agama
Islam akhirnya tercapai dan perasaan kini lebih tenang daripada biasa dan
harapan untuk belajar islam dengan mendalam akan tercapai”.
Demikian luahan saudara baru, Nurul Hidayah Hew Abdullah, 20,
yang berasal daripada Damansara, Kuala Lumpur yang memeluk agama islam sekitar
akhir Januari yang lalu.
Nurul Hidayah berkata, dia mula berminat untuk mempelajari
islam semenjak zaman persekolahan kerana kebanyakan rakannya terdiri daripada
orang melayu.
Nurul Hifayah berkata, dia lewat memeluk agama Islam kerana
terlalu banyak dugaan dan masalah ditempuhnya untuk mencari mereka yang
benar-benar boleh membantu.
“Mujurlah saya berjumpa dengan seorang kawan lelaki yang
berasal dari Dungun yang saya kenali semasa bekerja di sebuah firma akauntan yang
ingin menolong saya dan membawa saya
jumpa keluarganya di Dungun untuk memberi peluang saya mendekati Islam,”
katanya.
Proses memeluk islam itu diuruskan oleh salah seorang ustaz
di Dungun yang bernaung di bawah NGO FRONT BERTINDAK ANTI MURTAD (FORKAD) daerah
Dungun.
YB Cikgu Alias b Harun, ADUN Rantau Abang juga turut hadir
menjadi saksi semasa proses mengangkat syahadah di Taman Rakyat Jaya tersebut.
Ketika ditemui dimajlis perasmian kelas KAFA Surau Taman
Rakyat Jaya, Balai Besar pada Khamis ,
17hb Februari 2014 yang lepas, Cikgu Alias Harun memberitahu perkara ini
sengaja tidak di maklum kepada umum lebih awal kerana bimbang keselamatan Nurul
Hidayah.
“Alhamdulillah sekarang beliau telah selamat didaftarkan di
PERKIM , Kelantan dibawah Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP), Pengkalan
Chepa .”
“Dengan kerjasama muslimat Pas Dun Rantau Abang Nurul Hidayah
telah dibimbing untuk mempelajari beberapa perkara asas seorang islam.”,tambahnya.
Dalam program perasmian KAFA Surau Taman Rakyat Jaya tersebut
YB Cikgu Alias juga turut menyampaikan sumbangan kepada 2 orang saudara baru
yang turut hadir untuk memohon sumbangan bagi meneruskan pengajian ke sebuah
pondok di Pasir Tumbuh, Kelantan.
Salah seorang saudara baru, Mohd Yaasin Fong b Abdullah, 47 ,
berasal dari kuala Lumpur memberitahu beliau berminat untuk belajar agama di Kelantan
kerana di sana seorang rakan mereka yang telah belajar semenjak 1 tahun lepas.
Sementara seorang lagi saudara baru, Abdul Rahim Tan b Abdullah,
43 tahun, juga berasal daripada Kuala Lumpur memberitahu, beliau amat tertarik
dengan islam kerana sering bermimpi berkenaan islam.
Abdul Rahim Tan berkata, beliau sangat berterimakasih kepada Jemaah
Surau Taman Rakyat yang sanggup menerima mereka dengan baik dan sanggup melayan
mereka walaupun dia baru datang ke sini.
“Saya juga cukup bertuah kerana dapat duduk untuk makan
bersama Ahli Parlimen Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli dan juga ADUN Rantau
Abang YB Cikgu Alias Harun.Ini adalah satu penghormatan kepada kami dan saya
ucakan terimakasih kepada semua jamaah surau taman rakyat,” beliau menambah.
No comments:
Post a Comment