Monday, June 1, 2015

Turun Padang Jumpa Rakyat


Oleh : TMS
DUNGUN – Aktiviti turun padang merupakan salah satu pendekatan yang diambil Adun Rantau Abang untuk bertemu untuk beramah mesra dan mendengar permasalahan rakyat yang timbul di kawasan yang diwakilinya.
Satu program yang dinamakan Program YB Cikgu Alias Harun Bersama Rakyat, telah dianjurkan oleh Majlis Tindakan Dean Undangan Negeri (MTD) Rantau Abang dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Rantau Abang yang telah disusun hampir setiap bulan yang melibatkan Unit Peti Undi (UPU) dalam Dun Rantau Abang.
IMG-20150601-WA0045 (2)Pada tanggal 30hb mei 2015 yang lepas UPU Padang Pulut telah menjadi tuan rumah yang melibatkan Kampung Padang Pulut, Kampung Burung Baru, Kampung Paya Kemudi dan Kg Bentong.
Program yang melibatkan acara muslimat, pemuda dan kanak-kanak ini dengan pengisian utamanya ialah ramah mesra rakyat dengan Wakil Rakyat dan ziarah rumah-kerumah.
Tuan Haji Anuar Abu Bakar, Pengarah Program memberitahu kepada wakil media, program YB Bersama rakyat padang Pulut ini merupakan yang ke -7 seumpama ini yang telah berjaya diadakan sepanjang tahun ini.
“ Kami pihak MTD Rantau Abang telah menyusun jadual untuk turun ke 10 UPU bersama wakil rakyat yang dipilih bagi memberi peluang kepada rakyat untuk beramah mesra dengan YB Cikgu Alias Harun.
Sebelum ini kita telah turun untuk bersama rakyat ke 6 UPU iaitu Seberang Pintasan, Pulau Serai, Serdang, Kg Baru Kuala Abang, Balai Besar dan Gong Pasir yang melibatkan penduduk sekitar kampong di kawasan tersebut.”
IMG-20150601-WA0032 (2)“Pelbagai aktiviti telah kita susun untuk bersama masyarakat bagi memberi maklum kepada semua yang wakil rakyat kita yang dilantik merupakan seorang yang amat mesra dengan rakyat dan mampu mejalankan tugas sebagai ADUN yang dipilih”, Haji Anuar menambah
Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ketika program berlangsung ialah ziarah orang-orang sakit, mengagihkan bantuan asas makanan kepada orang-orang miskin yang dikenal pasti, sukan , acara muslimat dan juga kanak-kanak.
Selain itu juga program gotong royong membaiki rumah , bacaan yaasin muslimat, rawatan doktor Papisma, rawatan Darus Syifa dan cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir ke program juga turut diadakan.
Program YB Bersama Rakyat Padang Pulut ini melibatkan 2 lokasi utama bagi acara yang telah ditentukan oleh pihak MTD.Pertandingan futsal remaja , acara pertandingan memasak dan pertandingan mewarna kanak-kanak telah diadakan di Gelanggang Futsal Padang Pulut.

Semangat Kesukanan
Sementara di Markaz Burung Baru telah melibatkan rawatan Darus Syifa’ secara percuma yang mendapat sambutan yang menggalakkan.
IMG-20150601-WA0047Gunting rambut secara percuma bagi pelajar berumur 12 tahun kebawah juga telah diadakan di perkarangan markaz tersebut.
Cabutan bertuah kepada penduduk yang hadir di program yang dianjurkan telah menarik minat untuk mereka bersama hingga program berakhir
Yusof b Muhammad, 60, salah seorang penduduk yang hadir untuk menerima rawatan Darus Syifa’ berkata , sangat berterima kasih kepada pihak yang menganjurkan program ini terutama YB Cikgu Alias Harun yang sudi membawa perawat untuk bertemu penduduk kampong di sini.
“Cikgu Alias seorang yang ramah dan mudah untuk diajak berbual dan sedia mendengar luahan penduduk.Dia juga merupakan seorang yang perihatin kepada permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dibawah,” Yusof Muhammad berkata sewaktu berbual dengan YB Cikgu Alias Harun.
Sewaktu memberi ucapan kepada peserta pertandingan futsal Cikgu Alias Harun berkata, sukan adalah satu medan bagi merapatkan ukhuwah sesama penduduk terutama mereka yang tinggal di kampung-kampung.
IMG-20150601-WA0039“Semangat kesukanan dan ukhuwah ini boleh diterapkan sebagai satu medan untuk mendekatkan kita untuk saling tolong menolong dalam urusan harian kita yang berada di kampung terutama ketika mengadakan kenduri dan juga jika ada kematian.”
“Sukan merupakan medan untuk kita saling kenal mengenal dengan lebih rapat disamping untuk menjaga kesihatan yang lebih cergas”
“Jangan lupa apabila kita bersukan untuk menjaga batas-batas muslim seperti menutup aurat yang sempurna dan jangan lupa solat apabila sampai waktunya,” Cikgu Alias Harun memberi sedikit nasihat kepada pemuda.

No comments:

Post a Comment