Dungun, 19hb Jan 2014 -
Pengarah MTD Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun hari ini berkata ,
penerimaan masyarakat kaum tiog hua di DUN Rantau Abang lebih positif
berbanding tahun lepas.
“Berbanding sebelum pilihanraya PRU 13 ada beza, nampak ada
kemesraan yang telah terjalin.Kita berharap masyarakat cina akan lebih
mengenali PAS dalam mendepani isu-isu dan permasalahan rakyat terutama di
daerah Dungun, “katanya kepada wakil media baru DUN Rantau Abang semasa agihan
sumbangan limau di sekitar Bandar Dungun di sini, hari ini.