Sunday, January 19, 2014

PAS TERIMA REAKSI POSITIF MASYARAKAT CINA

Dungun, 19hb Jan 2014 -  Pengarah MTD Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun hari ini berkata , penerimaan masyarakat kaum tiog hua di DUN Rantau Abang lebih positif berbanding tahun lepas.
“Berbanding sebelum pilihanraya PRU 13 ada beza, nampak ada kemesraan yang telah terjalin.Kita berharap masyarakat cina akan lebih mengenali PAS dalam mendepani isu-isu dan permasalahan rakyat terutama di daerah Dungun, “katanya kepada wakil media baru DUN Rantau Abang semasa agihan sumbangan limau di sekitar Bandar Dungun di sini, hari ini.



Pada kunjungan itu, beliau bersama-sama jentera parti melalui Lajnah Perpaduan Nasional, wakil dari Dewan Himpunan penyokong PAS Terengganu ( DHPP ) Saudara Lu Chee Ann dan juga Ketua Lajnah Dakwah, Kesenian & Kebudayaan PAS Terengganu Ustaz Azman Shapawi Abd Rani menyampaikan 1 kotak limau mandarin setiap kedai yang dilawati kepada hampir 60 buah kedai masyarakat cina yang berada di dalam DUN Rantau Abang sempena perayasn Tahun Baharu Cina pada minggu hadapan.



YB Alias Harun yang juga ADUN Rantau Abang berkata,”kerajaan Terengganu pimpinan Datuk Ahmad Said yang merancang untuk lawatan ke Antartika haruslah membatalkan hasrat tersebut.Wang  yang hampir 1 juta dibelanjakan tersebut boleh menampung untuk bantuan kepada keluarga miskin dan yang memerlukan dalam keadaan rakyat negeri Terengganu yang dihimpit dengan kadar kenaikan barang sekarang.Beliau seharusnya memikirkan bagaimana mengatasi kemelut inflasi yang semakin meningkat sekarang.”

Sementara itu, Ustaz Azman Shapawi mengucapkan tahniah kepada Lajnah Perpaduan Nasional Kawasan Dungun di bawah ketuanya Puan Serena Lim Abdullah yang Berjaya menganjurkan program agihan limau mandarin kepada masyarakat cina yang telah masuk tahun ke 5 untuk tahun ini.
Beliau meminta jentera parti di kawasan Dungun memberikan sokongan kepada LPN menganjurkan program bersama masyarakat cina ini bagi memenangi hati pengundi masyarakat cina pada PRU 14 akan datang.
Beliau juga berkata PAS Kawasan Dungun hendaklah memainkan peranan yang lebih aktif bagi mendekati pengundi cina bagi merealisasikan kerajaan menanti bagi negeri Terengganu khasnya.



Pada pilihan raya umum 2013, Parti PAS telah memenangi 3 kerusi DUN dan 1 kerusi Parlimen di Dungun iaitu DUN Sura, DUN Paka dan DUN Rantau Abang manakala Parlimen Dungun diwakili oleh YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli. Manakala 1 kerusi diwakili oleh BN iaitu Dun Bukit Besi

No comments:

Post a Comment