Monday, January 27, 2014

Ringan Beban Nelayan : 232 Terima Sumbangan Barangan Keperluan dapur

Seberang Pintasan Dungun 24hb Januari 2014 - Seramai hampir 232 orang nelayan dari Kg Seberang Pintasan dan Kg Rhu Bhatil menerima sumbangan berbentuk barangan harian bagi meringankan beban kos harian mereka.

Penerima, Hamzah b Ismail yang dikenali sebagai Pok Mezah Misai, 66, dari Kg Seberang Pintasan melahirkan rasa bersyukur kepada Allah dan mengucapkan terimakasih kepada Pas  Rantau Abang yang prihatin tentang nasib nelayan untuk meneruskan kehidupan harian mereka sekeluarga.





"Sumbangan ini meringankan kos harian saya sekeluarga.Terima kasih kepada YB Cikgu Alias Harun kerana membantu kami nelayan yang tidak turun menangkap ikan sejak beberapa hari yang lalu kerana ombak yang besar dan juga angin yang kuat ," katanya.
Nazri b Omar, 41, dari Kampung Teluk Bidara Seberang Pintasan yang turut menerima  sumbangan turut memuji usaha Pas Rantau Abang yang bersungguh-sungguh membantu mereka terutamanya nelayan yang punca pendapatan yang tidak menentu ini.


"Saya lihat penerima sumbangan adalah terdiri daripada latar belakang politik yang berlainan terdiri daripada BN dan juga Pas.Jadi kepada masyarakat yang beranggapan Pas adalah parti pilih kasih tidak tepat kerana saya tengok mereka membuat pembahagian baucer sumbangan kepada semua nelayan di kampung ini.Saya juga terharu dengan usaha yang dimainkan Pas dalam mendekati masyarakat."katanya.
Dengan sumbangan ini saya dapat menjimatkan wang saya terutamanya perbelanjaan anak sekolah yang semakin meningkat sekarang"katanya sambil mengajak kawan lain untuk tidak takut untuk bersama Pas pada PRU14 akan datang.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) YB Cikgu Alias b Harun, di tapak pasar minggu Kampung Seberang Pintasan, pagi tadi.
Hadir sama, adalah Jawatan Kuasa Pas Dun Rantau Abang dan juga Jawatankuasa Pas Cawangan Seberang Pintasan.

Cikgu Alias Harun menjelaskan,sumbangan yang disampaikaan ini adalah hasil daripada sumbangan mereka yang perihatin tentang nasib nelayan di Dungun ini.Selain itu juga pihak Pas Rantau Abang juga menyediakan tabung kebajikan bagi menjalankan aktiviti seperti ini.
"Bagaimanapun, harus diingat, sumbangan ini bukanlah bantuan yang boleh kekal untuk kegunaan selamanya ," katanya sambil berharap nelayan berusaha untuk mencari sumber pendapatan lain bagi menampung perbelanjaan sekeluarga mereka.

"Nelayan tidak seharusnya mengharapkan bantuan daripada kerajaan semata-mata bila musim tengkujuh tiba dan harus mencari pekerjaan yang boleh menambah pendapatan keluarga," katanya.

No comments:

Post a Comment