Friday, January 31, 2014

SEKOLAH AGAMA BERSEPADU ASAS PENDIDIKAN ISLAM

Dungun, 30hb Januari 2014 -  Acara merentas desa Sekolah Rendah Agama Besepadu  Zainal Abidin (SRABZA), Gong Pasir,  Dungun telah diadakan pada  Khamis, 30hb Januari 2014.Acara tahunan ini melibatkan semua pelajar sekolag tersebut.




“ Acara ini dibahagikan kepada 4 kategori iaitu Lelaki Tahap 1 terdiri daripada murid-murid tahun 1 hingga tahun 3, Lelaki Tahap 2 terdiri daripada murid-murid tahun 4 hingga tahun 6, Perempuan Tahap 1 terdiri daripada murid-murid tahun 1 hingga tahun 3 dan Perempuan Tahap 2 terdiri daripada murid-murid tahun 4 hingga tahun 6.Tujuan dibahagikan kategori adalah bagi menambahkan mata rumah sukan masing-masing selain daripada memupuk semangat kesukanan dan budaya sihat dikalangan murid-murid “ Cikgu Rais bin Zainuddin yang juga guru penolong kanan Ko-korikulum menjelaskan apabila ditanya berkenaan kategori tersebut.

Semasa upacara penutup YB Cikgu Alias bin Harun, ADUN Rantau Abang menjelaskan sukan adalah sebahagian daripada keperluan untuk pelajar bagi mencapai kejayaan dalam pelajaran.Ini kerana beriadah adalah sebahagian daripada sunnah Nabi SAW yang telah ditunjukkan kepada umatnya.

“Sukan memanah dan berenang memang menjadi kesukaan Nabi SAW tetapi riwayat telah menceritakan bahawa Nabi SAW pernah berlumba lari dengan isterinya Aisyah.Ada masa Nabi memenanginya dan adakala Isteri Nabi memenanginya, inilah akhlak Nabi Muhammad SAW yang patut kita semua ikuti dan jadikan sebagai pedoman untuk aktis dalam sukan atau riadah,” beliau menambah sewaktu memberi komen tentang acara merentas desa yang diadakan tersebut kepada pegawai media DUN Rantau Abang.

No comments:

Post a Comment